Terma & Syarat

NOTIS HAKCIPTA
Hak cipta sistem/apliksi ePINTAS dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

POLISI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat aduan yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini temasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatn yang sesuai.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran aduan yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Sistem/Aplikasi ini.

MAKLUM BALAS
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Sistem/Aplikasi ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.